HARI GAWAI

HARI GAWAI

Friday, August 27, 2010

HINAVA SARAWAK

HINAVA

Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak.Makanan ini selalunya disajikan semasa Hari Gawai.

LATARBELAKANG

ASAL-USUL

Pada zaman pemerintahan kesultanan Brunei,seorang pelayar dari China telah singgah di Sarawak.Di sana,pelayar tersebut telah memperkenalkan sejenis makanan yang dipanggil Hinava.Dahulunya,ia berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja.Pelayar tersebut juga memperkenalkan makanan itu kepada masyarakat Iban.Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk membuatnya,mereka menambahkan isi ikan yu,udang,sotong dan sebagainya.Isi ikan juga dipotong menjadi kecil.

PANTANG LARANG

Kebersihan dan kesegaran amatlah dititikberatkan.Ikan,udang atau sotong haruslah yang segar-segar dan terus dimasak.

PERSIAPAN DALAM MENYEDIAKAN HINAVA

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

- isi ikan yu,udang atau sotong
- garam
- gula
- cili padi 10 biji
- limau nipis atau limau kasturi 5 biji (diperah)

CARA-CARA MEMASAK

Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak.Ikan tersebut akan diperah dengan jus limau samada jus limau nipis atau limau kasturi.Potong isi ikan mengikut saiz kemahuan,masukkan ke dalam satu bekas,tambahkan 3 cubit garam,2 cubit gula,cili padi 10 biji dan sedikit serbuk perasa(jika mahu).Gaulkan sebati dan biarkan setengah jam(paling kurang) sehingga ikan tersebut diyakini masak terperap.Kemudian bolehlah dihidangkan.

CARA-CARA MENGHIDANG

Hinava beralaskan daun pisang.Isi ikan,udang atau sotong tersebut diletakkan di atas daun pisang.Hinava boleh dihiasi dengan hiasan bawang dan cili padi di atasnya.Di sesetengah tempay di Sarawak,Hinava dihidangkan bersama sup cendawan panas.Sup tersebut akan dihiasi dengan bawang goreng.Satu hidangan Hinava cukup untuk hidangan dua orang.